Rabu, 22 Disember 2010

Teman-teman ku






Lagu yang di cipta khas untuk semua sahabat-sahabat.



Jumaat, 12 November 2010

KELIRU



salam..

Hari ini. tergerak hatiku untuk menulis sesuatu..
Tiap hari dugaan dan cabaran dari Nya akan mendatang..
Namun, adakah kita gagah mehadapi segala dugaan hidup?
soalan itu, hanya diri kita yg mampu menjawab..

Kini, aku memiliki sesuatu..
yg jauh dari kemampuan ku untuk memiliki nya..
seumpama......
kemampuan kita untuk membeli kereta keluaran negara,
tetapi,
rezeki diri pula mendapat kereta jenama terkenal luar negara..
bagiku amat bersyukur memilikinya........
Namun, risiko memiliki nya itu sering mehantui diri ku...

adakah layak aku memilikinya?
adakah berbaloi aku memakainya?
adakah mampu aku menanggung tanggungjawab menjaganya?
adakah aku pandai mengawalnya di jalanan?
adakah aku mampu memberi segala keperluannya?
adakah................
adakah.......

terlalu banyak aku memikirnya..
terlau berat untuk aku memutuskannya sama ada
untuk terus setuju mengambilnya atau mengambil masa
memikirnya kembali......
berilah aku panduan...
berilah aku pedoman...
tetapkan lah pendirianku.....

Khamis, 14 Oktober 2010

kehidupan di dunia

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tidak sama dengan apa yang orang lihat dari pandangannya... Niat hati kita, perbuatan kita, tutur bahasa, semua itu sering di salah ertikan. Penat untuk menerangkan makna tersirat kenapa diri ini menjadi begini.

Memang berdosa jika melakukan kesalahan disisi nya. Namun, bukan hak kita sebagai manusia untuk menyatakan dan melebelkan seseorang. walaupun telah melakukan nya,kita masih diberikan peluang oleh Tuhan agar bertaubat dan taubat kita itu tidak perlu kita tunjuk.

Semua orang selalu mendengar saudara lain berkata.adalah lebih bagus jika tahu cerita itu sendiri dari insan itu sendiri barulah membuat pernilaian.

Kali ini, diri ini ditemukan dengan seseorang yang cantik budi pekertinya.. sungguh hebat dari segi akhlaknya. memiliki akhlak terpuji. namun, adakah diri ini setanding dengannya?

kalau di ukurkan...mungkin jauh bezanya. banyak kekurangan diri ini berbanding dengan dia....Sering kali aku terfikir tentang ini. adakah layak untuk aku berkawan dengannya?
adakah ini ujian darinya atau ianya datang dalam hidup ini sepintas lalu sahaja?

atau Tuhan memberikan ku peluang untuk kembali ke pangkal jalan dengan bantuan insan yang bernama KEKASIH di dunia ini? Tuhan membantu ku agar ku tidak lagi tersasar kejalan yang salah?

diri ini telah dijodohkan? ya allah..andai kata dia adalah untuk ku,ku amat bersyukur pada Mu..
kerana kesetiaan, ketaatan, kepada Mu tidak pernah putus.didikan agama kepadanya amat kuat dan utuh..tahniah kepada kedua ibubapanya..dan ku percaya. cintanya kepada manusia juga amat kuat seperti beliau mencintakan agamanya..

Allah maha adil dan saksama...aku tidak tahu membalasnya....hanya yang termampu mentaati perintahnya dan menjauhi segala larangannya...

kau pandulah aku kejalan mu.....pimpinlah aku.aku takut dan ku lemah hidup tanpa bimbingan Mu..

Khamis, 30 September 2010

Final project.





Luxurious Relaxation center

Spa& massage







The Relax Experience

Come to Relax and discover all kinds of ways to feel sensational. Whether it’s a quick, energizing chair massage, a deeply relaxing body massage or a perfectly natural beauty treatment, our friendly and professional team will leave you feeling really special, from top to toe.



Goal

Our goal is to cater to your specific need and to create a nurturing spa experience to help maintain a sense of “well-being” with traditional massage . It will be a privilege to share memorable occasion with you.



Objectives

1. We offer you a variety of treatments, with a goal to fulfill your specific needs.

2. Make healthy body in this community.

3. To promote our Malaysian culture therapy.

4. Opportunity to relax or invigorate yourself in our swimming pool. Poolside facilities also include Jacuzzi, Steam room, Ice fountain and Experience Shower.


Site overview

This urban area a crowded by office building. Need some place for relaxing to balancing people mind and body through soothing herbal remedies and treatments. Revitalize customer spirit in luxurious surroundings of Sky-view Suite. Mostly citizen in this area are Chinese.

Their like to traditional treatment.




Space Requirement

Public area- non privacy

Cafeteria

Children room/area

Prayer room

Washroom

Library


Guest area

Body treatment room

Sauna&Jacuzzi room

Bath tab

Saloon area

Facial treatment (face)

Fitting room (locker room) public

Fitness room



Permanent client (staff)- privacy

Staff area

Store (room) for medical

Room service

Office – general office, finance office



Spa treatment

A body treatment, spa treatment, or cosmetic treatment is non-medical procedure to help the health of the body. It is often performed at a resort, destination spa, day spa, beauty salon or school.




Typical treatments include:

facials— facial cleansing with a variety of products massage

waxing — the removal of body hair with hot wax

body wraps - wrapping the body in hot linens, plastic sheets

and blankets, or mud wraps, often in combination with

herbal compounds.

aromatherapyskin exfoliation — including chemical peels and

microdermabrasion nail care such as manicures and pedicures

bathing or soaking in any of the following:

- hot spring

- Onsen (Japanese Hot Springs)

- Thermae (Roman Hot Springs)

- hot tub

- mud bath

- peat pulp bath

- sauna

- steam bath

- nutrition and weight guidance

- personal training

- yoga and meditation






enjoy the moment......












Ahad, 7 Mac 2010

MALAYSIAN PAPER PLANE CONTEST

7/03/2010
venue-UPM Serdang


A millions memories every single picture.We can`t forget this victory of moment. THANKS to our senior 2008-1994. All of you be our spirit to we carry on the glory until we graduation and it will past to another generation.. we will make a history to all of student Politeknik Port Dickson to PROUD with.. Carry and guide us with yours pray.. surpport us..thanks seniors




















TO all Student.





Khamis, 11 Februari 2010

Trip to Penang

kereta vivaviva ku..hohohooo...




Percutian ke penang..

Hahaha.sangat best pergi sana. tengok tempat baru, jelajah, memang terasa bujang habis.jauh gak tu dari port dickson ke sana.tapi dengan keta vivavi elite ku itu 140km/jm. hohoo...makan masa 4 jam lebih je sampai...

Driver jangan citer la..semuanya kaki lumba..2 orang memang profesional drift driver in pj n kL.memang diorang terbaik..ku pulak mat rempit yang dah kene reject..bukan pe.turuti perintah ibubapa.jangan bawak moto lagi..

Pada mulanya kami tak percaya kami menuju ke penang. sebab tujuan sebenar nak mencari masjid lama di pengkalan kakap.masjid lama lebih 400 tahun..gile.sangat2 lama..batu bersurat pun sekitar 354 tahun dahulu...

Sepanjang journey kami kesana macam-macam kami tempuhi dan nampak. kemalangan jangan citer la.. balik dari penang tu betul-betul selekoh nak ke jambatan penang balik ke kL ada kemalagan selang 2 buah kereta depan kami.

Terkapai-kapai mamat yang kene langgar tue..meraung kesakitan. beliau menaiki motosikal dan dilanggar oleh sebuah kereta honda ekei dari belakang. hilang kawalan terguling atas jalan.kene lenyek ke pe xpasti. tapi mulut beliau berdarah-darah nampak la..ada gambar aku download untuk tatapan semua.

Hehe...ekspedisi kami seterusnya singapore!! atau thailand..heeeeeee...

Jumaat, 15 Januari 2010


HIKAYAT SEBUAH CERITA



Kali pertama aku mengenalimu

Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yg pernah ku kenal dulu


Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Jumaat, 6 November 2009

kisah duka

Suka duka kehidupan.
pelbagai? kan?
macam-macam ku fikirkan..
penat fikir.
tiada kesudahan masalah.
selesai satu, satu datang...
selesai semua,mengunung lagi menanti..
hurmm..

hidup ini memang untuk diduga..
memang benar..
apa yang diharapkan dari seseorang..
xpenah terjadi..
kalau berlaku hanya bertahan sementara..
pasti tidak kekal lama.
selalu sudah mengingatkannya.
selalu menyakinkannya...

tetapi ku lakukan samar-samar..
biar dia mengetahui sendiri..
tetapi...
selalunya tidak perasaan..

Khamis, 8 Oktober 2009



Pelbagai yang ku lalui kini.


Pelbagai yang ku fikirkan kini untuk ku harungi di dunia ini ,

Banyak perkara,terlalu banyak,

Namun jika kita hanya berfikir tanpa melaluinya,

Umpama kita berlajar sesuatu hanya teori sahaja,

Tetapi kita tak pernah praktikkannya pun susah,

Jadi setiap hari yang datang mesti ada cerita tersendiri,

Kita perlu tahu bagaimana cara melaluinya,






Isnin, 7 September 2009

BERcuti

best BErcuti.

Sronok melepak kat uma membe aku kt PD.
sje na lepak sebab da lama tak merasa suasana belajar kat sana.
rindu dengan kawan-kawan semusim belajar dengan aku.
xpuas.
lepak seminggu memang xpuas.
yela.
ade brape byk rumah.
kengkawan pown xabes berborak2 lagi..
adoyai.
kenapa la ku diduga begini.
terpikir gak kenapa ku accident n xleh teruskn pengajian...
memang takdir tuhan dan perjalanan die kan?
penemuan dan perpisahan adalah suratan takdir..

kata-kata aku dengar dari lagu nashid hijjaz.

"bercintalah dengan sesiapa pun tetapi ingat...
kamu akan berpisah dengannya bila sampai masanya."

tapi kita yang tengah remaja ni.
bila lagi nak enjoykn usia yang makin melanjut ni.
tapi kita kene selari kan dengan syariah islam.
sukarkan?
tapi xsusah mane jika kita amalkn betul2 dan ada kawan2 yang
membantu dan memahami..
hope pasni solat ku tepat pada waktunya.

dan aku tak nak lakukan dosa2 bodoh lagi.
ni suma dunia je.
xkekal mana pown.
baik ku cukupkan amal.
kan?

Khamis, 13 Ogos 2009




semua gurl mahukn kekasih yang benar2 memahami diri mereka..
Ada beberapa tips kepada guys supaya senag jaga hati mereka dan buat mereka terus melekat dengan kita..


  • Kene membuatkan mereka berasa selamat bersama kita.

Tujuan= supaya mereka tidak risau apa2 bila bersama kita.rasa tenang beb.

  • Dapatkn kepercayaan dgn cuba berubah kepada apa yang mereka inginkan.

Tujuan= gurl selalunya mudah terharu dengan lelaki yang sggup berkorban

  • Jangan mencintai gurl ini semata-mata luaran,tetapi nilailah mereka dengan sifat keperibadian mereka...

Tujuan=kadang2 kita sendiri suka melayan karenahnya sebab mereka meghiburkan hati dan membuatkan kita sayang padanya

  • Jangan ikutkan sgt perasaan kita bila ada masanya beliau marah tak tentu pasal,kamu kene lebih tenang n bersifat terbuka..

maknanya kamu kene turunkn ego kamu sket.lama2 die stop la membebel...hehe.

die pown penat gak.haa..xde la gado n berdendam sampai nak putus..hehehe..


p/s = nie tips2 yang aku pernah wat dan beberapa kali try ..dan alhamdulillah ok la hubugan kami.then, ade lagi tips2 kalo nk bincag sesama.kalo ade pape soalan leh la tanye.atau t aku bg lagi tips2.tips periksa ke,kerja ke,ok?pape pown.cuba try dulu n berpegang pada kata2 ini.
Bercinta pada insan lain biarlah dengan hati yang ikhlas..kelak kamu
akan bahagia selamanya.dan terima kekurangan dan kelebihan beliau dengan bersyukur adanya pasangan yang dikurniakn kepada kita.sebab kita pun bukan lah sebagus mana....

Ahad, 9 Ogos 2009

LUMRAH ALAM

  • Dalam kehidupan kita, Allah s.w.t memberi peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul2 menyanyangi diri kita,

  • Sekiranya kita leka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya..

  • Tapi kita tidak pernah tahu siapaorangnya, jika kita sendiri tidak pernah sedar & tidak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya..

  • Mungkin setelah segalanya berlalu & kita sudah kehilangannya.. Barulah kita mula sedar kehadiranya cukup bermakna..

  • Mungkin kita tidak berpeluang lagi untuk memiliki dirinya pada saat itu..

  • Jadi familah hati seseorang itu dengan sedalamnya & curahkanlah rasa kasih sayang padanya dengan seikhlas hatimu..

  • Kepada teman yg sudah berkeluarga..semoga bahagia dan nsihatku jangan menggangu teman lain yg sedang bahagia..

  • Yang sedang bercinta.walaupn mereka mengalami krisis.tidak salah berkawan.

  • Tetapi jika hendak lebih daripda berkawan..

  • Pastikan dia tidak dimiliki sesiapa pn supaya tidak kecewa dikemudian hari..

  • Kerana ku dah saksikan sendiri teman yg menderita kerana kembali kepada kekasihnya..

Khamis, 6 Ogos 2009

LUKA DI KAKI


APABILA BALUTAN KAKI DIBUKA


Aku tgk teruk gak kesan jahitan..
Jadi teruk mybe aku byk gerak sangat.

Kesan jahitan dah terbukak.
Agak ngeri gak..

mempunyai plat besi yang tertanam didalam kaki ku.
6 jahitan pada bahagian atas.

Dan aku masih lagi tak percaya apa yang berlaku..
Aku selalu terfikir.

Adakah aku bermimpi..
Kaki aku dah cacat sebelah..

Aku tak tahu boleh berjalan dengan betul atau tak.
Tak tahu macam mana aku jalan nanti.
Agak teruk.


Takut..
Tapi aku tetap bersyukur..

Aku masih diberi nafas dan sempurna badan.

Harap kawan-kawan semua cukup lah.

Tak perlu bawak laju-laju dah.
kalau korang nak gak dan degil.
masuk la grand pix tu..
korang pergi daftar secara sah.

sebab kalo korang accident nanti ade insurans.
So kalo korang patah kaki pown ade gak spare part kat hong leong.
tak pown kat tioeng.
haa...

aku ada kad diskaun.
hahahaha...
k bro.
thx korang selalu doakan..
Hope aku dapat berjalan semula.

Dan aku janji tak akan bawak laju-laju..
aku guna moto atau keta auto la lepas nie.
hehe..


chow.

Selasa, 4 Ogos 2009

Percintaan ku dahulu kala

CINTA


Bukan perpisahan yang ku pinta,
bukan pergaduhan yang dicari,
tetapi penjelasan dan cara mengatasi,
soalan-soalan ku dan perasaan ingin tahu selalu muncul dalam benakku,
aku tidak mencari kesalahannya,
tetapi aku mahukan kenapa dia sanggup lakukan semua ini,
bagiku,


dialah segala-galanya,
dialah teman rapat,
dialah rakan rapat,
dialah tempat untuk bermanja,
dialah kekasih,
dialah segalanya,


KU harapkan dia memberikan perasaan yang sama,
tetapi sebaliknya diberikan kepadaku,
baginya diriku hanya kekasih dan pasangan,
teman rapat,
rakan rapat,
pada lelaki lain,
selalu berbual bersama denganya,
keluar bersama,
luangkan masa bersama,
menghilangkan rasa bosan bersama,

aku sangat hampa,

ku tahu,
ku tahu kenapa dia lakukan semua ini,
kerana bosan dan hendak berkawan,
kini kalau dia dalam keresahan,kesulitan,
dia ada tempat meluahkan,
ada tempat untuk menghilangkan duka,
tetapi aku?
kepada siapa dapat aku melepaskan resah?
kepada siapa dapat aku bermesra?
aku tiada sesiapa selain dia,
aku tidak dapat menunaikan hajatnya untuk keluar bersama setiap hujung minggu,
aku tidak dapat membuat dia ceria kini,
ku sudah hilang semangatku,
kerana pesaing ku itu lebih hebat,
aku benar-benar rindukan nya,
aku tahu keadaan ini bakal menjelang tiba,

namun dahulu,

aku sudah lengkapkan dirinya,
dan aku berpesan padanya,
kita sama-sama kejar cita-cita dahulu,
korbankan masa untuk bergembira ini jika pegang kelulusan dan sijil,
kita akan berasa jauh,
kerana haluan kita dan cita-cita berbeza,
tetapi dia hanyut,
dibuai dengan mimpi dan godaan dunia,
katanya dia dengan teman rapatnya itu hanya berkawan semata-mata,
tetapi apa yang ku saksikan didepan mata,
mereka berbual bersama,
berbual dalam telefon dengan lamanya jika menghadapi keresahan,
dia tidak lagi berbual denganku untuk luahan hatinya,

ku terkejut,
siapakah aku bagi dirinya?
walhal perhubungan kita jauh lagi lama dan sudah bersama,
tetapi dia dengan sahabat rapatnya itu baru mencecah sebulan,
aku terkejut,
kenapa hal ini boleh terjadi,
ku sangkakan cinta beliau pada ku teguh dan kukuh,
tetapi dia yang mengoyahkan mahligai yang dibina,
beliau percayakan lelaki itu,
entah apa ilmu lelaki itu guna,
tetapi tidak,
mungkin,kerana lelaki itu lebih memahami perempuan,
dengan mudahnya dia menamabat hati sesiapa,
mudah menyelami hati wanita yang suci,
aku cemburu dengan sikapnya,
kalaulah aku memiliki sifat itu,
ataupun sifat mengoda dan mengayat perempuan,
tentu aku sudah jadi jahat,
mungkin ini takdir tuhan juga,
tidak memberikan aku sifat-sifat itu,
supaya aku tidak lalai dengan dunia dan hanya setia pada yang satu,
aku tidak kisah apa yang sudah terjadi kepada diriku,
apa yang ku rasa,
peritnya hati melalui semua ini,
tetapi ku berharap dan pinta darinya,
janganlah mengulangi lagi,
jauhilah dirimu itu daripada dirinya,
kerana..semakin rapat dan mesra kamu bersama dengannya,
semakin jauh dirimu dengan ku,
semakin jauh,
hati ku sedih disaat kuperlukanmu,
kau bersama berbual mesra dengannya,
adakah kau sudah tidak hormat pada hubungan ini?
adakah engkau sudah tidak merasai diriku ini?
kini susah hendak berbual mesra denganmu,
kamu semakin sibuk dengannya,
dengarlah nasihat ku ini,
aku sudah tidak terdaya lakukan apa-apa,
aku sudah tidak terdaya meluahkan perasaan lagi,
kerana dia sendiri sudah bosan mendengar,
aku mendambakan kasih mu,
kembalilah kepada diri asalmu,
aku mahu dan rindukan dirimu yang dahulu,
melihat bintang bersama-sama,
dan berada di taman permainan dan berborak bersama-sama,
ku mengaku pernah terdetik untuk melupakannya,
tetapi aku tidak boleh,
tidak boleh melupakannya,
tidak boleh membencinya,
kerana hatiku sudah sangat sayang kepadanya,
setiap masa ku ingat janji ku padanya,
ku akan membimbing ke jalan benar,
dan bersama-sama menempuh dunia ini,
ku adalah insan yang teguh pada janji,

ya allah,
jika benar dia masih memerlukan aku dan dialah jodoh ku,
buktikanlah kepada diriku,
bukakan hatinya menerima ku dan permudahkanlah dirinya melalui dugaan Mu ini,
ku tahu setiap insan melakukan kesilapan dan
sering mengabaikan Mu,
tetapi hanya pada Mu tuhan ku,

ku sujud syukur kerana diberikan nafas untuk bediri lagi didunia khayalan-Mu ini,
satukanlah kami dan pandukanlah kami agar menjadi anak-anak soleh dan solehah,
satukanlah kami berlandaskan islam,
dan bahagiakan perhubungan kami sepanjang zaman,

ku tahu,
jika sepasang suami isteri itu saling jujur, setia, hormat
dan memahami satu sama lain,
akan wujud cinta sejati,
dan cinta itulah berkekalan hingga kesyurga...
inilah yang ku inginkan,
inilah kujadikan prinsip,
prinsip ku yang ku pegang sejak pertama kali memengang tangan insan yang kucintai,
ku tidak akan meninggalkan dirinya walau apapun dan hanya ajal yang memutuskan,
dan hanya kecuali jika dirinya hendak meniggalkan aku,
aku redha dan tidak akan memaksa untuknya kembali,
kerana cinta sejati hanya lahir dari hati..

sedarlah kekasihku,

jalan yang kamu lalui kini adalah salah dan tidak ada penghujung,
ia akan terus sesat jika enggan mendengar nasihat orang lain,
ia pun bergantung pada hati mu sendiri,
fahamilah kata-kataku dengan mendengarnya melalui hati suci mu,
fahamilah maksud tersirat melalui kata-kata ini,
dan janganlah lupa akan tuhan,
luahkan segalanya masalahmu kepada-Nya
segala isi hatimu apa yang mengusutkan mu,
itulah yang akan menenangakan hati suci mu itu..

Tuhan Maha Memahami makhluknya,
berbuallah denga-Nya,
solat istiharah adalah pembuka jalan.
lakukan sekerapnya.
janganlah terus engkau melukai hati ku ini,
andaikata dirimu sudah tidak perlukan aku lagi,
katakan pada ku,
biarlah aku faham segalanya melalui mulut mu sendiri,

kalau dirimu inginkan masa,
ambillah,aku sanggup menggungu,
dan buktikan padaku cinta mu ini,
jauhkanlah daripadanya,
itu yang kupinta,
janganlah lukakan hatiku,
tinggalkan dirinya
biarlah kita sama-sama merasai kesuyian...

ku mahu kamu tahu betapa sunyinya diriku tanpamu,
ku juga mahu kamu sunyi tanpaku,
kerana hanya kamu penghuni hati ini,
tiada sesiapa dapat menumpang lagi selagi kita masih bersama,
ku tidak akan lepaskan keresahan dan kesunyianku kepada insan lain,
tidak mungkin....









KECEDERAAN



Memang senang dan kebiasaan bagi kita bila dengar ada orang kemalangan.

Lagi2 bila kawan atau sedara terdekat. Kita hanya datang dan tampil berjumpa dan lihat keadaannya.

Terima kasih kepada teman2 yang sudi hadirkan diri ketika aku di wad hospital itu.

Dan sangat2 terima kasih kepada teman2 yang banyak membantu aku ketika aku di ambang maut.ketika aku terkapai2 berlawan dengan kesakitan diri pada malam itu.

Sukar nak luahkan perasaan sebenarnya yang berlaku pada malam itu..


Kejadian berlaku 12/07/09...
Hari ini 4/08/09..

Teringat memori malam itu.
setiap malam mengimbau saat itu.
memang menakutkan...

Aku dapat merasakan kepala ku berair,
kepedihan pada seluruh anggota..
keperitan pada kaki dan badan..
aku tidak dapat rasakan apa2....
yang aku dengar pada malam itu..
sayuan kawan2 meminta aku mengucap khalimah syahadat..
aku sudah terbaring dibahu jalan,
tidak mampu bergerak dan kemudiannya aku pitam.

Memag aku tidak ingat apa2 yang berlaku.
seolah2 memori aku dilupakan ketika itu,

Aku cuba mengingat kembali,
Cuba berfikir kejadian malam itu,
tetapi kekuatan yang maha esa,
aku gagal..
sedikit pown aku gagal mengingatinya..

Bagaimana aku jatuh,
bagaimana aku melayang,
bagaimana kekuatan hentakan kepala ku di tanah bumi tuhan ini,
kejadian kemalangan itu memang menyedarkan aku tentang kekuasaa-Nya.
aku malu,
aku tahu banyak dosa aku lakukan pada-Nya,

NAMUN,

Tuhan itu Maha menyayangi umat-Nya.
aku hanya cedera pada hujung jari kelingking sahaja.
tapi pada tapak kaki.
dalam tulang itu terdapat keretakkan dan pecah.
kaki ku di masukkan tiub sepanjang 9 inci ini.
Sehingga hari ini ada lagi
kerana perlu besemadi selama 2 bulan.
untuk tulang ku tumbuh dan tidak lari.
Aku redha dengan dugaan ini.
dan aku percaya.
Dia lakukan semua ini ada hikmahnya.
cuma kita manusia biasa tidak pernah mengetahui tentang maksud yang tersirat ini.