Khamis, 14 Oktober 2010

kehidupan di dunia

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tidak sama dengan apa yang orang lihat dari pandangannya... Niat hati kita, perbuatan kita, tutur bahasa, semua itu sering di salah ertikan. Penat untuk menerangkan makna tersirat kenapa diri ini menjadi begini.

Memang berdosa jika melakukan kesalahan disisi nya. Namun, bukan hak kita sebagai manusia untuk menyatakan dan melebelkan seseorang. walaupun telah melakukan nya,kita masih diberikan peluang oleh Tuhan agar bertaubat dan taubat kita itu tidak perlu kita tunjuk.

Semua orang selalu mendengar saudara lain berkata.adalah lebih bagus jika tahu cerita itu sendiri dari insan itu sendiri barulah membuat pernilaian.

Kali ini, diri ini ditemukan dengan seseorang yang cantik budi pekertinya.. sungguh hebat dari segi akhlaknya. memiliki akhlak terpuji. namun, adakah diri ini setanding dengannya?

kalau di ukurkan...mungkin jauh bezanya. banyak kekurangan diri ini berbanding dengan dia....Sering kali aku terfikir tentang ini. adakah layak untuk aku berkawan dengannya?
adakah ini ujian darinya atau ianya datang dalam hidup ini sepintas lalu sahaja?

atau Tuhan memberikan ku peluang untuk kembali ke pangkal jalan dengan bantuan insan yang bernama KEKASIH di dunia ini? Tuhan membantu ku agar ku tidak lagi tersasar kejalan yang salah?

diri ini telah dijodohkan? ya allah..andai kata dia adalah untuk ku,ku amat bersyukur pada Mu..
kerana kesetiaan, ketaatan, kepada Mu tidak pernah putus.didikan agama kepadanya amat kuat dan utuh..tahniah kepada kedua ibubapanya..dan ku percaya. cintanya kepada manusia juga amat kuat seperti beliau mencintakan agamanya..

Allah maha adil dan saksama...aku tidak tahu membalasnya....hanya yang termampu mentaati perintahnya dan menjauhi segala larangannya...

kau pandulah aku kejalan mu.....pimpinlah aku.aku takut dan ku lemah hidup tanpa bimbingan Mu..