Selasa, 4 Ogos 2009









KECEDERAAN



Memang senang dan kebiasaan bagi kita bila dengar ada orang kemalangan.

Lagi2 bila kawan atau sedara terdekat. Kita hanya datang dan tampil berjumpa dan lihat keadaannya.

Terima kasih kepada teman2 yang sudi hadirkan diri ketika aku di wad hospital itu.

Dan sangat2 terima kasih kepada teman2 yang banyak membantu aku ketika aku di ambang maut.ketika aku terkapai2 berlawan dengan kesakitan diri pada malam itu.

Sukar nak luahkan perasaan sebenarnya yang berlaku pada malam itu..


Kejadian berlaku 12/07/09...
Hari ini 4/08/09..

Teringat memori malam itu.
setiap malam mengimbau saat itu.
memang menakutkan...

Aku dapat merasakan kepala ku berair,
kepedihan pada seluruh anggota..
keperitan pada kaki dan badan..
aku tidak dapat rasakan apa2....
yang aku dengar pada malam itu..
sayuan kawan2 meminta aku mengucap khalimah syahadat..
aku sudah terbaring dibahu jalan,
tidak mampu bergerak dan kemudiannya aku pitam.

Memag aku tidak ingat apa2 yang berlaku.
seolah2 memori aku dilupakan ketika itu,

Aku cuba mengingat kembali,
Cuba berfikir kejadian malam itu,
tetapi kekuatan yang maha esa,
aku gagal..
sedikit pown aku gagal mengingatinya..

Bagaimana aku jatuh,
bagaimana aku melayang,
bagaimana kekuatan hentakan kepala ku di tanah bumi tuhan ini,
kejadian kemalangan itu memang menyedarkan aku tentang kekuasaa-Nya.
aku malu,
aku tahu banyak dosa aku lakukan pada-Nya,

NAMUN,

Tuhan itu Maha menyayangi umat-Nya.
aku hanya cedera pada hujung jari kelingking sahaja.
tapi pada tapak kaki.
dalam tulang itu terdapat keretakkan dan pecah.
kaki ku di masukkan tiub sepanjang 9 inci ini.
Sehingga hari ini ada lagi
kerana perlu besemadi selama 2 bulan.
untuk tulang ku tumbuh dan tidak lari.
Aku redha dengan dugaan ini.
dan aku percaya.
Dia lakukan semua ini ada hikmahnya.
cuma kita manusia biasa tidak pernah mengetahui tentang maksud yang tersirat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan