Selasa, 4 Ogos 2009

Percintaan ku dahulu kala

CINTA


Bukan perpisahan yang ku pinta,
bukan pergaduhan yang dicari,
tetapi penjelasan dan cara mengatasi,
soalan-soalan ku dan perasaan ingin tahu selalu muncul dalam benakku,
aku tidak mencari kesalahannya,
tetapi aku mahukan kenapa dia sanggup lakukan semua ini,
bagiku,


dialah segala-galanya,
dialah teman rapat,
dialah rakan rapat,
dialah tempat untuk bermanja,
dialah kekasih,
dialah segalanya,


KU harapkan dia memberikan perasaan yang sama,
tetapi sebaliknya diberikan kepadaku,
baginya diriku hanya kekasih dan pasangan,
teman rapat,
rakan rapat,
pada lelaki lain,
selalu berbual bersama denganya,
keluar bersama,
luangkan masa bersama,
menghilangkan rasa bosan bersama,

aku sangat hampa,

ku tahu,
ku tahu kenapa dia lakukan semua ini,
kerana bosan dan hendak berkawan,
kini kalau dia dalam keresahan,kesulitan,
dia ada tempat meluahkan,
ada tempat untuk menghilangkan duka,
tetapi aku?
kepada siapa dapat aku melepaskan resah?
kepada siapa dapat aku bermesra?
aku tiada sesiapa selain dia,
aku tidak dapat menunaikan hajatnya untuk keluar bersama setiap hujung minggu,
aku tidak dapat membuat dia ceria kini,
ku sudah hilang semangatku,
kerana pesaing ku itu lebih hebat,
aku benar-benar rindukan nya,
aku tahu keadaan ini bakal menjelang tiba,

namun dahulu,

aku sudah lengkapkan dirinya,
dan aku berpesan padanya,
kita sama-sama kejar cita-cita dahulu,
korbankan masa untuk bergembira ini jika pegang kelulusan dan sijil,
kita akan berasa jauh,
kerana haluan kita dan cita-cita berbeza,
tetapi dia hanyut,
dibuai dengan mimpi dan godaan dunia,
katanya dia dengan teman rapatnya itu hanya berkawan semata-mata,
tetapi apa yang ku saksikan didepan mata,
mereka berbual bersama,
berbual dalam telefon dengan lamanya jika menghadapi keresahan,
dia tidak lagi berbual denganku untuk luahan hatinya,

ku terkejut,
siapakah aku bagi dirinya?
walhal perhubungan kita jauh lagi lama dan sudah bersama,
tetapi dia dengan sahabat rapatnya itu baru mencecah sebulan,
aku terkejut,
kenapa hal ini boleh terjadi,
ku sangkakan cinta beliau pada ku teguh dan kukuh,
tetapi dia yang mengoyahkan mahligai yang dibina,
beliau percayakan lelaki itu,
entah apa ilmu lelaki itu guna,
tetapi tidak,
mungkin,kerana lelaki itu lebih memahami perempuan,
dengan mudahnya dia menamabat hati sesiapa,
mudah menyelami hati wanita yang suci,
aku cemburu dengan sikapnya,
kalaulah aku memiliki sifat itu,
ataupun sifat mengoda dan mengayat perempuan,
tentu aku sudah jadi jahat,
mungkin ini takdir tuhan juga,
tidak memberikan aku sifat-sifat itu,
supaya aku tidak lalai dengan dunia dan hanya setia pada yang satu,
aku tidak kisah apa yang sudah terjadi kepada diriku,
apa yang ku rasa,
peritnya hati melalui semua ini,
tetapi ku berharap dan pinta darinya,
janganlah mengulangi lagi,
jauhilah dirimu itu daripada dirinya,
kerana..semakin rapat dan mesra kamu bersama dengannya,
semakin jauh dirimu dengan ku,
semakin jauh,
hati ku sedih disaat kuperlukanmu,
kau bersama berbual mesra dengannya,
adakah kau sudah tidak hormat pada hubungan ini?
adakah engkau sudah tidak merasai diriku ini?
kini susah hendak berbual mesra denganmu,
kamu semakin sibuk dengannya,
dengarlah nasihat ku ini,
aku sudah tidak terdaya lakukan apa-apa,
aku sudah tidak terdaya meluahkan perasaan lagi,
kerana dia sendiri sudah bosan mendengar,
aku mendambakan kasih mu,
kembalilah kepada diri asalmu,
aku mahu dan rindukan dirimu yang dahulu,
melihat bintang bersama-sama,
dan berada di taman permainan dan berborak bersama-sama,
ku mengaku pernah terdetik untuk melupakannya,
tetapi aku tidak boleh,
tidak boleh melupakannya,
tidak boleh membencinya,
kerana hatiku sudah sangat sayang kepadanya,
setiap masa ku ingat janji ku padanya,
ku akan membimbing ke jalan benar,
dan bersama-sama menempuh dunia ini,
ku adalah insan yang teguh pada janji,

ya allah,
jika benar dia masih memerlukan aku dan dialah jodoh ku,
buktikanlah kepada diriku,
bukakan hatinya menerima ku dan permudahkanlah dirinya melalui dugaan Mu ini,
ku tahu setiap insan melakukan kesilapan dan
sering mengabaikan Mu,
tetapi hanya pada Mu tuhan ku,

ku sujud syukur kerana diberikan nafas untuk bediri lagi didunia khayalan-Mu ini,
satukanlah kami dan pandukanlah kami agar menjadi anak-anak soleh dan solehah,
satukanlah kami berlandaskan islam,
dan bahagiakan perhubungan kami sepanjang zaman,

ku tahu,
jika sepasang suami isteri itu saling jujur, setia, hormat
dan memahami satu sama lain,
akan wujud cinta sejati,
dan cinta itulah berkekalan hingga kesyurga...
inilah yang ku inginkan,
inilah kujadikan prinsip,
prinsip ku yang ku pegang sejak pertama kali memengang tangan insan yang kucintai,
ku tidak akan meninggalkan dirinya walau apapun dan hanya ajal yang memutuskan,
dan hanya kecuali jika dirinya hendak meniggalkan aku,
aku redha dan tidak akan memaksa untuknya kembali,
kerana cinta sejati hanya lahir dari hati..

sedarlah kekasihku,

jalan yang kamu lalui kini adalah salah dan tidak ada penghujung,
ia akan terus sesat jika enggan mendengar nasihat orang lain,
ia pun bergantung pada hati mu sendiri,
fahamilah kata-kataku dengan mendengarnya melalui hati suci mu,
fahamilah maksud tersirat melalui kata-kata ini,
dan janganlah lupa akan tuhan,
luahkan segalanya masalahmu kepada-Nya
segala isi hatimu apa yang mengusutkan mu,
itulah yang akan menenangakan hati suci mu itu..

Tuhan Maha Memahami makhluknya,
berbuallah denga-Nya,
solat istiharah adalah pembuka jalan.
lakukan sekerapnya.
janganlah terus engkau melukai hati ku ini,
andaikata dirimu sudah tidak perlukan aku lagi,
katakan pada ku,
biarlah aku faham segalanya melalui mulut mu sendiri,

kalau dirimu inginkan masa,
ambillah,aku sanggup menggungu,
dan buktikan padaku cinta mu ini,
jauhkanlah daripadanya,
itu yang kupinta,
janganlah lukakan hatiku,
tinggalkan dirinya
biarlah kita sama-sama merasai kesuyian...

ku mahu kamu tahu betapa sunyinya diriku tanpamu,
ku juga mahu kamu sunyi tanpaku,
kerana hanya kamu penghuni hati ini,
tiada sesiapa dapat menumpang lagi selagi kita masih bersama,
ku tidak akan lepaskan keresahan dan kesunyianku kepada insan lain,
tidak mungkin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan